Tuesday, October 29, 2013

Cukur rambut Fiska Medina







Assalamualaikum






Ingat lagi kan Irine ada janji nak up entry tentang Medina cukur rambut hari tu? :) So, entry ni khas buat anak ibu bila dah besar nanti, sila baca! haha. 






Kita imbas balik cerita awal bulan aritu.


Masa awal-awal lahir, rambut Medina memang agak lebat jugak la. Patotlaaa bila dalam perut dulu perut ibu ni kejap-kejap rasa gatal. Nak garu memang takklaaa kan, gosok-gosok je pakai kain selowww-selowww. Takut berbekas. Masa tu terdetik laa jugak dalam hati, "anak aku dalam perut ni rambut lebat sangat ke sampai gatal sangat bawah pusat ni". Yelah, dah orang-orang tua dulu cakap macam tu, so Irine pon guna la jugak teori diorang.haha. 






Plan nak cukurkan Medina bila balik beraya hari tu. Hari raya ketiga plannya. Sebab Irine saje nak bagi Medina beraya dengan rambut dia. hehe. Nak cukur dekat kampung suami sebab dia dah bagitau nanti dekat kampung dia ada sorang ni pangkat nenek jugak laa yang akan cukurkan Medina. Lagipun, nenek ni pon memang dah banyak kali cukurkan anak-anak akak ipar and nenek ni pon terkenal dengan cara cukur dia yang kemas dan cantik :) 






Mengikut sunnah, Medina pon dicukurkan sampai botak. Irine tak buat cukur jambul sebab yang Irine baca dan tau tu adalah amalan bidaah. Berpandukan kpd syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Amalan ni jugak dipercayai berasal drpd kepercayaan masyarakat India yg beragama Hindu. Tambah mengelirukan, dalam cukur jambul jugak ada adat yang di mana rambut yang digunting tu dimasukkan dalam buah kelapa. 






(Artikel lengkap tentang amalan cukur jambul ni korang boleh baca dekat sini :-)


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0911&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm














cukur rambut fiska medina 1






Tepat raya ketiga hari tu, tak silap masa tu 10/8/13 (haaa tgk  ni ibu siap-siap catit dalam notes tau bila awak cukur..dah besar nanti please terharu..huhu). Malam sebelum Medina nak cukur tu, Irine kejap-kejap cium rambut dia, takut nanti rindu bau rambut lebat dia tu. wuuuuu..Sape tak sayangg oiii  rambut anak lebat dalam perut dah nak kene cukur.hehe! Tapi memang betol pon, sampai saat sekarang ni pun, hidung Irine still ingat lagi bau-bau rambut Medina masa panjang aritu. Tapi takpe, cukur kan amalan sunat, and rambut Medina pon jenis yang cepat tumbuh. 










Yang Irine ingat, awal-awal pagi nak cukur aritu, Irine dengan Medina dua-dua bangun lambat. Tak teringat langsung nenek yang nak cukur tu nak datang.haha! eh kejap, nenek tu nama dia senang nak panggil dalam entry ni "Nek Timah". hehe. Nek timah datang nak cukurkan Medina dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Medina still tido time tu, tido punya baik nyenyak. Nek Timah cakap takpee, bagi dia cukur time dia tido tak sedar ape.






cukur rambut fiska medina 2



hehehe. Medina tengah tido time ni. Memang nyenyak. Konon-konon orang nak kesian dekat dia laaa teww buat-buat tido comel tak nak kena cukur. haha!






1st time nampak Nek Timah tu datang , Irine balik-balik rasa nervous macam rambut sendiri plakkk nak kena cukur. Yelahhh, nervous sampai 1st impression tu Irine dah siap-siap terbayangkan macam Tok Mudim yang datang rumah nak sunatkan orang! haha. Ala-ala seram gituuu kan.






Bila tengok Medina tidur masa tu, rasa lega sangat at least dia tak sedar la kan kepala dia nak kena botak. huhu. Sekaliii dia terjaga jugakkk...






cukur rambut fiska medina 3



haha. muka cool jeee kan siap buat muka manis nak senyum. dia tak tau Nek Timah nak gondolkan kepala dia. haha. Owh ye, Nek Timah ni service dia tiptop tau. Dia akan datang rumah orang  siap bawak kain batik khas untuk bedung kuat-kuat baby supaya tak gerak-gerak time cukur. Husband cakap, macam cukur rambut anak buah dia yang lepas-lepas, kain batik Nek Timah semua lawa-lawa.haha. Tapi, time Medina tak berapa lawa, Nek Timah cakap semua customers dia semua berebut nak kain batik lawa2 dia tu.hahaha! *sempat lagi cerita pasal kain batik* haha!






cukur rambut fiska medina 4






Buat muka kesian dekat depan Nek Timah. ihihihihih. Sorry sayanggg, ibu tak boleh tolong time ni :'p






cukur rambut fiska medina 5






See? Cool gila muka Medina nak kena cukur kan. Siap buat muncungg kauuu, duck face bagai.hehe.






Sebelum nak cukur, Irine kena tanggalkan semua baju Medina, pampers je tak payah. Lepas tu Medina kena bedung. Nampak macam ulat bulu yg tengah duduk dalam kepompong pon ada.huhu. Pampers je tak bukak sebab Irine tau Medina tengah berak time tu.haha. Disebabkan rambut dia dah lebat sangat, Nek Timah kena gunting dulu sikit rambut dia. Lepas tu baru start cukur.






Irine ni punyalah cuakkk + sedih bila sehelai-sehelai rambut Medina gugur jatuh kat surat khabar bawah tu.Tapi tak tunjuklah time tu.. redhaaaaa.hehe. Lepas separuh rambut Medina kena cukur, dia dah start merengek-rengek. Maybe dia tau and perasan kot, separuh rambut dia dah hilang and buat kepala dia sejuk..










cukur rambut fiska medina 6






Then, Irine pon amik Medina dakap dia kuat-kuat erat-erat. Phewww, nampak muka ibu mithali betol gambar ni. haha :P






I love this pic so much!! Mungkin sebab nampak macam ikatan ibu dengan anak tu kuat sangat dalam gambar ni. Muka Medina pulak macam muka mintak tolong dekat ibu dia. huhu. Takpe nakkk, ni semua demi kebaikanmu..........gitu.  Lagipun dalam Islam memang menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat :) Moga-moga anak ibu ni sihatttt ok :) 











cukur rambut fiska medina 7



Lepas dah dakap Medina tu, Nek Timah suruh Irine susukan dia bagi dia senyap sikit. So, sambil Irine dukung menyusu dia, Nek Timah cukur. Power kan orang berpengalaman cukur macam ni. hehe. Agak-agak Medina dah kenyang tu, Irine bagi dekat Nek Timah selesaikan cukur. Nampak tak hampir keseluruhan dah botak tu? huhu. Tapi botak habis macam mana pun , kepala dia still nampak kesan biru-biru lagi. Nek Timah cakap baby kalau cukur rambut dia, kepala nampak kesan biru-biru tu maknanya cepat tumbuh. Kalau kepala nampak putih tu lambat sikit nak tumbuh. Nasib baik Nek Timah pandai sedapkan hati Irine time tu.haha.



cukur rambut fiska medina 8






hehee.tomellll anak ibuuuuu ni tauuuu! geramm ibu tengok. 


kena cukur pon pandai nak pandang camera. huhu.











Finally, habissss dan selamat semua rambut dia dah cukurkan :) 


Tadaaaaaaaaaaaaaaaa! 



cukur rambut fiska medina 9



Fiska Medina in version botak  hehehehehe. 


Tapi ni gambar masa awal bulan aritu, sekarang Irine tengok banyak jugaklah rambut Medina dah cepat naik. Lepas dah cukur-cukur semua, Nek Timah pegi mandikan Medina. Muka dia happy semacam bila dah habis cukur, mungkin dia rasa kepala dia dah lain jadi ringan kottt..hihi. 










Jadi setelah rambut-rambut Medina dah setel dicukur, aritu dah bawak pegi timbang semua rambut Medina dekat kedai Mas Cina. Berat rambut dia 5.08 gm. Cina tu kira 1gm untuk harga mas arini RM 170. Makanya, 5.08gm X Rm170 = Total semua RM 863.60 duitnya :) 






Lepas tu duit tu nanti kitorang kena bayar and akan diserahkan kepada golongan fakir miskin. Yang ni amalan sunat :) 






"Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. "






Let say kalau korang tak berkemampuan nak bayar ikut harga emas, boleh jugak dinilaikan dengan harga perak. Depends pada kemampuan masing-masing. InshaAllah lepas ni pulak nak buat majlis Aqiqah untuk Medina. 










cukur rambut fiska medina 10






Ni hasil rambut tumbuh lepas seminggu. hehehe *siap nak upload.haha.ehhh perkembangannnn ni tauuuu.. :P 






cukur rambut fiska medina 11






Rambut terbaru . 25 hari punya rambut. hehe panjang sikit dah.














Oklah, tu je lah untuk entry kali ni. next time Irine update entry medina dah boleh ikat rambut tocang.haha.






Bye! Assalamualaikum :) 


















p/s : Photoshoot and editing by VEL OLIVER PHOTOGRAPHY ART














cukur rambut fiska medina 12


No comments:

Post a Comment