Sedikit ingin aku paparkan sedutan dari buku yang dihadiahkah oleh teman blogger Cikgu Anim kepadaku tempohari tentang Syed Hasan Al-Bana, pengasas Ikhwanul Muslimin . Sayangnya kini Ikhwanul Muslimin telah difatwakan haram walau ilmu dan ajaran demi untuk menjulang agama Allah tidak boleh dipertikaikan. Manakala kini pula kita tidak dapat berita dimana entah dibawa mantan presiden Muhammad Morsi pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dikatakan telah dipenjarakan. Allah juga yang maha tahu.
Al-Bana bukan calang-calang anak sewaktu kecilnya. Bayangkan dalam usia baru 13 tahun beliau mampu memberi kesedaran kepada imam di musolla kampung. Peristiwa berlaku bila tiba waktu azan ramailah anak-anak yang menyerbu untuk mengambil wudhuk termasuklah Al-Bana ini. Tetapi melihat kanak-kanak lalu diusir oleh imam musolla sebab bimbang kanak-kanak tersebut menghabiskan air untuk berwudhuk. Dari situ ramailah yang pergi meninggalkan musolla tetapi tidak pada Al-Bana. Beliau senyap-senyap mengambil secarik kertas dan menulis ayat Al-Quran ini:-
" Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedangkan mereka menghendaki keredhaaNya" (Suroh Al-An'am 6:52)
Gambar google - Berwudhuk sebelum solat menggunakan kolah seperti ini kenalah berjimat |
Kertas itu kemudian diserahkan kepada imam musolla yang mengherdik kanak-kanak atau teman Al-Bana. Membaca cebisan kertas tersebut telah menjentik hati imam tersebut sehingga pada hari berikutnya beliau tidak lagi mengherdik kanak-kanak yang mahu berwudhuk untuk sama-sama bersolat. Bahkan kanak-kanak tersebut dikatakan mencari inisiatif mengumpul dana hingga mampu membeli tikar untuk musolla.
~~ Janganlah diperlekeh anak-anak yang baru berjinak-jinak dengan tempat-tempat untuk beribadah. Berikan tunjuk-ajar kerana meraka inilah pemimpin agama di masa akan datang.~~
No comments:
Post a Comment